DALAM KENANGAN


MARILAH KITA SAMA-SAMA MENDOAKAN AGAR SEMUA ROH ALLAHYARHAM 
DAN ALLAHYARHAMAH DI TEMPATKAN DI SYURGA FIRDAUS BERSAMA 
PARA SOLIHIN DAN SYUHADA....SEGALA AMAL SOLEH DITERIMA ALLAH DAN 
DIBERKATI HENDAK NYA....AAMIIN YA RABBILL AALAAMIIN

ALLAHYARHAMAH SABARIAH 
BINTI MOHD ISA

Allahyarhamah Sabariah binti Mohd Isa telah meninggal dunia ketika berumur antara 10 hingga 11 tahun [ ketika Perang Jepun ] akibat Sakit Taun di Kg Tua Lambor Kanan, Parit Perak ...Beliau telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Tanjung,  Batu 16,  Lambor Kanan, Parit Perak..Butiran lain tidak dapat dimaklumkan


ALLAHYARHAM HAJI MOHD ISA
BIN PM DAHU

Allahyarham Haji Mohd Isa bin PM Dahu telah meninggal dunia pada 10 Disember 1985 jam 3 pagi akibat Sakit Tua di rumah kediamannya di Rapat Setia, Ipoh...Pada ketika itu beliau berumur 75 tahun dan meninggalkan seorang balu dan 8 orang anak...Beliau telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Melayu Sg Rapat, Ipoh......Beliau adalah seorang Pesara Kerajaan dalam Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja berpangkat ' Senior Revenue Officer ' [ SRO ]....Seorang yang tegas dan ' punctual ' dan juga berdisiplin....


ALLAHYARHAM MOHD ZAINUDDIN
BIN MOHD ISA

Allahyarham Mohd Zainuddin bin Mohd Isa telah meninggal dunia pada tahun 2000 akibat mati lemas di Sungai Kepayang, Ipoh...Pada ketika itu beliau berumur 45 tahun ...Beliau telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Melayu Sg Rapat, Ipoh......Beliau berperwatakan pendiam dan lemah lembut...Beliau adalah bekas penuntut Sek Anglo Chinese School, Ipoh.....


ALLAHYARHAM HAJI ISMAIL JAMAIL
BIN MOHD ISA

Allahyarham Haji Ismail Jamail bin Mohd Isa telah meninggal dunia pada 18 Mac  2009 jam 6 petang akibat sakit di Hospital Daerah Kajang, Selangor ketika sedang menziarahi anak nya Maleeza Ismail di Taman Hussein Onn, Kuala Lumpur...Pada ketika itu beliau berumur 70 tahun dan meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak...Beliau telah disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur......Beliau adalah seorang Pesara Kerajaan di Jabatan Pendidikan....Bekas Pensyarah di Maktab Perguruan Ipoh Jalan Dairy, Ipoh dan juga Bekas Penolong Kanan Sekolah Coronation Park, Ipoh.....Seorang yang suka aktiviti perjumpaan kekeluargaan dan juga permainan ' Scrabble '...Beliau juga seorang yang aktif dalam bidang Politik....


ALLAHYARHAMAH HAJJAH FATIMAH
BINTI MAT TAHA

Allahyarhamah Hajjah Fatimah binti Mat Taha telah meninggal dunia pada 06hb Januari 2010 jam 5 pagi akibat Sakit Tua di Rumah Kediaman nya di Rapat Setia, Ipoh...Pada ketika itu beliau berumur 86 tahun ...Beliau telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Melayu Sg Rapat, Ipoh......Beliau berperwatakan mesra dan suka bercakap...Beliau adalah seorang ibu yang amat pandai menjaga ekonomi keluarga dan pandai memasak.....masakan ' Gulai Zul ' dan ' Tauchu Hailam ' adalah antara ' signature dish ' dari beliau selain dari Halua....


                           
GAMBAR TEMPAT DAN LOKASI 
PERSEMADIAN KELUARGA


KUBUR ALLAHYARHAM AYAHANDA HAJI MOHD ISA BIN PM DAHU
Tempat  :  Tanah Perkuburan Kg Melayu Sg Rapat, Ipoh
Lokasi  :  Dari Pintu  Utama Tanah Perkuburan arah jam pukul 2 [ jarak 40 meter ]
dekat dengan pokok besar


KUBUR ALLAHYARHAM MOHD ZAINUDDIN BIN MOHD ISA 
Tempat  :  Tanah Perkuburan Kg Melayu Sg Rapat, Ipoh
Lokasi  :  Dari Pintu  Utama Tanah Perkuburan arah jam pukul 12 [ jarak 50 meter ]


KUBUR ALLAHYARHAMAH BONDA HAJJAH FATIMAH BINTI MAT TAHA
Tempat  :  Tanah Perkuburan Kg Melayu Sg Rapat, Ipoh
Lokasi  :  Dari Pintu  Utama Tanah Perkuburan arah jam pukul 9 [ jarak 40 meter ]
dikawasan lapang berhampiran Jalan Utama 

No comments:

Post a Comment